Monday, April 29, 2013

Thursday, May 17, 2012

LAPORAN AKTIVITI KERJA AMAL “BERSIHKAN 1.0” 2012


Pada 8 Mei 2012 yang lepas Kelab UMNO Luar Negara Kursk telah membuat satu kerja amal yang diberi nama Bersihkan 1.0. Bersihkan 1.0 telah diadakan bertempat di Prospek Pabedi Kursk, Russia, bermula pada pukul 11 pagi pada hari Selasa. Sekumpulan pelajar yang bertuah (Mohd Shafie Hassan, Alvinder Singh dan Irfan Waedah) telah dipilih untuk dibantu oleh AJK- AJK KUK dalam menjayakan  Bersihkan 1.0 ini.
AJK KUK berkumpul  di taman permainan yang berdekatan sebelum bersama- sama menuju ke rumah baru pelajar tersebut untuk membantu mereka memindahkan barang dan pada masa yang sama membantu mempercepatkan proses mengemas dan membersihkan rumah baru mereka agar mereka dapat kembali belajar dengan selesa.
                Sejurus sahaja sampai ke destinasi yang di tuju, ahli lelaki terus membantu mengangkat almari, katil dan barang- barang mereka yang lain ke teratak mereka yang berada di tingkat 9, manakala ahli perempuan membantu menyusun barang- barang  bilik dan dapur mereka. Setelah proses mengangkat barang selesai, ahli lelaki juga turut sama membantu mempercepatkan kerja ahli perempuan.
                Setelah proses mengemas dan membersih selesai AJK KUK membuat keputusan untuk membantu dalam menyediakan makan malam memandangkan semua AJK dan tuan- tuan rumah telah penat membersihkan teratak baru mereka. AJK KUK menikmati juadah makan malam bersama tuan rumah dan mengundurkan diri pada lebih kurang pukul 5 petang.
                Secara amnya, pihak KUK merasa berbesar hati kerana dapat menjayakan kerja amal ini, dan bersyukur kerana dapat membantu para pelajar dari segi tenaga kerja, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” kerja yang berat menjadi ringan. Pihak KUK juga tidak berat tulang untuk membantu pelajar- pelajar lain sekiranya mereka memerlukan bantuan, terutamanya dari segi tenaga kerja.

Disediakan oleh, 
Nurul Afizah Majali
Setiausaha Kelab UMNO Luar Negara Kursk








Sunday, November 13, 2011

Gambaran Ketika KRGG12

Laporan Kursk Road to Gorky Games 2012


       Gorky Games merupakan nama baru yang diberikan kepada intervarsity games yang saban tahun diadakan di Russia oleh sebab itu Kelab UMNO Luar Negara telah membuat keputusan untuk mengadakan road tour keseluruh bahagian Russia yang diduduki oleh pelajar- pelajar Malaysia. Dan pada 5hb November 2011 yang lepas road tour ini telah sampai ke bahagian Russia yang diberi nama Kursk.

Saturday, November 5, 2011

Persiapan Hari Raya Aidiladha

Family Umno sedang bertungkus lumus memotong lobak dan bawang.